Tuesday, May 7, 2013

HIDUP


Aku lebih menghargai hidup buat pertama kalinya adalah selepas putus cinta ...

" sakit siot ... sakit yang paling dalam , tapi aku kena move ON! Jantan bukan sekor bai "

Kedua kalinya, bila aku dikurniakan anak ... bila aku dah bergelar seorang IBU ...

" aku kena jadi yang terbaik dimata anak2 , aku tak boleh nak berangan2 dah .. hidup kena lebih menyerlah untuk kesenangan anak2 aku "

Bila usia makin meningkat aku lebih lagi menghargai kehidupan ... aku kena mencari sesuatu untuk jadi sesuatu

" bagi aku sekarang .. hidup mati aku hanya kerana ALLAH , suami , anak2 , keluarga adalah peneman aku di dunia ini .. sementara hidup ni , aku mencuba untuk menjadi wanita yang sempurna hendaknya .. "


Insyallah ......







Wednesday, March 27, 2013

KEMBALI BERAKSI !!!



Halluuuuuu !!!!! Finally .... aku dah ingat password belog ni balik ..
miahahhahaha.. So , start from now on i'll try to update everydayyyyy.. mihmihmihhh.. oklah bye. Nak sambung kerja jap

Saturday, June 9, 2012

SATURDAY WORKING =)

Selamat pagi semuaaaa. pagi2 aku dah membebel dekat twitter.
hahaha. pada yang tak tahu .. sekarang ni aku dah kerja setiap hari sabtu.
memang perkara luar biasa bagi aku berkerja hari sabtu ni. even balik kol 12.30 kang
tapi aku kena pahamkan situasi ni. huhu. Yelah selalu sabtu ahad time aku bermalasan kat umah
dengan anak2 & suami. now kena kerja plak . Actually, masa interview hari tu
aku memang dah tahu yang akan kena kerja hari sabtu . Tapi tahu je lah masa interview semua rasa boleh . hahhaha. bila hari kejadian baru ko tau camna rasanya. hihi :p

Ni aku kat opis lah ni.. bosan giler. kerja pon takde, semua ISo number aku dah key-in
courier semua dah settle semalam. tender project semua aku dah siap2 masukkan dalam file semalam. Oh ya cuma ada a few lagi supplier tak datang collect cheque.
ada ke sabtu ni dorang datang collect. tak tahu lah mak hincik !

Laki aku pon kerja hari , Dia buat OT . bagussss .. nak carik duit raya tuk anak2 katanya.
i mean nk beli baju2 raya tuk anak2 lah. Aku da tak buat bisnes .. so sakit sket lah. apa2 kena tunggu duit gaji. :(. kalau tak ada jer haku duit sampingan. Btw , aku rindu nak berbisnes balik
tapi keadaan memang tak mengizinkan. lagi2 kat opis ni xleh bukak FB.
pastu nanti dah pindah opis baru , semua admin site aku kena handle. memang tak dapat lah
nak buat biz lagi ... tp takpe aku aku teruskan minat aku tu.
bila & bagaimana .. nanti akan tahu kemudian =)

eh oklah , penat plak aku nak taip leteran aku ni. hihi
balik kang aku nak singgah tesco , nak beli biskut adik & kopok kentang tesco rayyan
semalam punya lah die nak kopok tuh, sian~
hari ni mama beli yer abang .

oklah bai . nanti aku bebel lagi k . nak buat kerja jap #matakeatas

p/s : aku pakai jeans gi kerja nie.. =)



Wednesday, June 6, 2012

TAK SEMPAT !

Hi all... aku dah start keja tempat baru start 4th June.
so aku adalah tersangat buzy !
nanti if things dah come back to normal ..
aku akan update okeh =)

Byee

Monday, May 28, 2012

KEJUTAN HARI JUMAAT

Citer ni dah lepas.. tapi aku nak cerita jugak :P
malam sebelom tu iaitu hari khamis, mama ada ajak aku tido pandan..
sebab laki aku nak balik lumut esoknya(jumaat).
Ntah kenapa hati aku berat jer nak pergi tido pandan, pastu hati aku malass jer
nak pergi keja hari jumaat tuh. Lagipon mmg aku dah rancang yang hari jumaat nanti
aku taknak pergi kerja. Yelah aku kan tengah tunggu hari last day je nie =) .
Jadi malam tu, xder kah aku ke umah mama. Esoknya pagi2 laki kau dah siap2 nak bertolak ke
lumut. His cousin punya wedding . Macam biasa aku hantar lah kat depan pintu. siap pelok cium bagai, tata2 bagai. dorang pon blah . Aku plak meneruskan rutin harian . Raif dah bangun
so aku pon mandikan raif , bagi die makan . dan sebaginyaa...

Tengah lepak2 ngan raif kat dapur .. aku perasan ada bunyi henpon. Aku nak angkat
tapi tak sempat. Sekali tengok2 ada 4 miscall dari kakak.
aku dah .. eh kenapa nie ? Aku pon call lah balik .. so perbualan nya macam ni

Aku : Hello , kakak call emma eyh ?

Kakak : Yer , emma kat mana nie ?

Aku : Emma kat umah ..

Kakak : Kat rumah selayang pandang ke ?

Aku : Haah ... kenapa kakak ??

Kakak : Emma, boleh tak datang temuduga kat MPS pukul 9.45 ni . Emma bawak sijil2 yang original & copy punya sekali . Datang awal sket kalau boleh .. boleh kakak bagi briefing
sket nanti ..

Aku : OMG OMG ( dalam hati ) Yeker kakak ? okay2.. tapi emma tgh tunggu mama nie die
belom datang . karang mama datang emma terus siap2 emma gi MPS. ( time ni dalam pukol 8.20am camtuh

Kakak : okay , emma pakai baju kurung ya.

Aku : ouh okay2...

So aku pon apa lagi .. tak tahu nak happy ke apa. tapi yang pasti memang happy giler lah . AKu terus call mama . aku tanya mama katna ? die cakap die otw. aku pon terus mandi. siap2. kena cepat nie . sebab temuduga pukol 9.45am kakak kata. Aku pakai baju kurung siap pakai tudung sekali =)
mama sampai aku terus grak . Aku kuar umah kol 9.10am. AKu sampai MPS kol 9.25. hahaha
dekat gilerrr weii. sbb tu haku nak sangat keja situ weii. sampai2 jer kakak suruh tunggu kejap. tak lama pastu aku kena isi form bagai. pastu kena buat Ujian menaip . dia bagi masa 20min jer. OMG
menggeletar kepala lutut haku. hahahahaha. daripada boleh menaip aku terus jadi tak tahu menaip T_________________T

Selesai ujian semua tu . terus dorang bawa aku gi bilik temuduga. Mula2 memang nervous..
tapi lama2 aku boleh handle . Alhamdullilah semasa proses ini semua berlangsung
aku dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Terima kasih ya allah . Andai ada rezeki anak2 aku di situ
aku sangat bersyukur kepada mu YA Allah.

p/s : semoga ada berita gembira yang dapat aku dengar.. sesungguhnya aku nak sangat berkeja di MPS. =)